Khamis, 12 Ogos 2010

syahdu + terharu..

2 ramadan 1431hijrah..
tahun ni merupakan tahun ke enam aku menyambut Ramadan di perantauan..jauh di sudut hati memang sayu..terkenang pada bonda yang amat aku kasihi..mengalir laju titisan air jernih dari kolam mataku..
namun aku gagahkan jua..
baru sebentar tadi aku singgah di 'blog' seorang teman..teman yg masih aku anggap sebagai sahabat..meskipun suatu masa dulu dia pernah menghancurkn perasaanku..
terharu ku rasakan bila sekali lg namaku tertera di halaman pertama kisahnya di 'blog'
mksud yang tersirat..terus menjadi persoalan..
malam ini mataku masih degil..lantas fikiranku mula mencari-cari seseorang yang pernah aku rindu,pernah aku kasih pernah aku cinta sepenuh hatiku..apa khabar agaknya dia..
meskipun di alam maya kami sgt dekat tapi ada jurang yang sgt dalam memisahkan kami...aku tidak bisa menegurnya apatah lagi berbicara dengannya...Ya ALLAH..jika ini ketentuan Mu, aku sebagai hamba yang kerdil,aku redha..Kau berikan lah ketabahan dan kekuatan untukku lalui dugaan Mu yang maha kecil ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan