Ahad, 15 Ogos 2010

5 Ramadan..1431 Hijrah..

Kedatangan Ramadan kali ini ku sambut dengan sederhana..walaupun tidak banyak bezanya dengan ramadan-ramadan lalu tapi aku bersyukur..aku masih berdiri teguh di bumi Allah SWT..
rasa agak lapang hati ini bila dpt mengerjakan amalan sunat di malam hari..meski agak berkurang dari tahun-tahun sebelumnya.namun aku akan cuba membaiki ruangan yang serba kekurangan itu..
Ramadan bulan penuh rahmat..semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupku..saat aku menekan punat-punat abjad ini 3 azan subuh sedang bergema..surau berhampiran rumah sewaku,masjid al-azim mungkin dan dari siaran..Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam..InsyaAllah..aku undur diri untuk seketika..salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan