Jumaat, 15 Jun 2012

ALHAMDULILLAH...TANGGAL 03 JUN 2012.,SEKITAR JAM 10.30 MALAM..saya telah bertukar status....ngeeee..bukan status isteri lor......baru status 'tunangan' seseorang...semoga dia jodohku yg telah tertulis di Luh Mahfuz...semoga ikatan ini akan menjadi permulaan yang bermakna dalam hidup kami..Amin ya Rabb...

Malam tu mmg menggigil jgk lor..meski pun ini bukanlah kali pertama,namun getaran dan debaran itu tetap ada..huuhuhu...dalam fikiran ni berputar2 segala macam perkara.tak dapat dinafikan rasa 'fobia' itu masih bersisa. apa pun saya cuba mengawal perasaan...dan malam itu.,menitis jgk air mata sebak dan terharu apabila Bonda membisikkan sesuatu...''Ya Allah...aku mohon agar permulaan ini tidak mengecawakn ibuku...'' sedih kot.......

oke3 tak mo lah sedih2..ni hah..nk show off' skit..hahhhaa
 muka control + nebes yg sgt x blh blah..muahhaaaa...majlis yg sy jangkakan tersangat simple..dan cuma dihadiri saudara terdekat juga beberapa org kwn rapat...

rupanya bertukar menjadi majlis yang agak meriah dengan kehadiran saudara mara 'beliau'....apa pun sy sgt bersyukur kerana majlis yg serba serbi sederhana malam itu berjalan lancar..terima kasih kepada semua...doakan sy juga bahagia seperti kamu...

Sabtu, 12 Mei 2012

CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM...JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA...

Isnin, 7 Mei 2012

Kau yang maha mengetahui...

Ya Allah...
adakah hatiku benar-benar terbuka untuk dia?
kalau benar..aku mohon agar perkara yang sama juga dirasainya
semoga kami terhindar dari segala larangan-Mu
semoga kami tidak lalai
Ya Allah...
jika Kau jauhkan aku dan dia kerana ingin menjaga hubungan ini
aku akan akur..inilah jalan yang terbaik
Ya Allah...
jika dia hanya persinggahan untukku..
aku juga redha..kerana hanya Kau yang maha mengetahui....

Ahad, 6 Mei 2012

Ya Allah kalau dia jodohku...Kau dekatkan lah hatinya dan hatiku aku...dekatkan kami pada jalan-Mu...jika dia bukan jodohku kau jauhi lah dia daripada aku...aku tidak ingin merasai sakit itu untuk kesekian kalinya...

Khamis, 19 April 2012

Aku namakannya sbg Lya.. (ep.1)

Enam tahun bukanlah masa yang singkat. Mungkin ada yang beranggapan ianya cuma angka.Tapi sepanjang enam tahun itulah terlalu banyak cerita luka yang terpaksa dilalui.cerita  luka yang entah bila akan sembuh. Kisah ini bermula apabila seorang gadia yang biasa-biasa mula menyimpan rasa pada seorang pemuda yang mungkin juga biasa-biasa. akan tetapi gadis biasa-biasa itu meletakkan pemuda tadi di suatu ruang yang cukup istimewa.
Makin hari rasa itu makin subur...mekar dan mewangi.Sungguh luar biasa rasa itu. Gadis biasa-biasa itu akan aku namakan sebagai Lya..dan...pemuda tadi aku namakan Z. Cukuplah sekadar satu huruf.

Kisah bermula ketika Lya di semester empat. Mei 2006... segalanya berlaku secara tidak sengaja..seperti gadis-gadis lain, Lya juga mempunyai teman-teman kampus yang cukup ceria.kehidupan di kampus cukup membahagiakan. Punyai teman-teman seperjuangan yang sama-sama melalui pahit jerih.sama-sama melalui 'hari-hari sengkek' menanti ketibaan PTPTN.
Sama-sama berkongsi makan nasi goreng yang berharga rm1.20....itu belum lagi bab makan megi kosong. Cicah biskut kering dengan teh O...bila sengkek macam tu semuanya cukup nikmat!!

Sama-sama mandi air pili bomba kerana ketiadaan air.dan akibatnya badan gatak sana sini...ermm..sama-sama juga bersorak riuh menonton tv di 'ruangan tv kolej'...itu belum kira bab sama-sama main sabun buih di bilik mandi...keh~keh~keh.jangan pula ada yang salah faham..ramai-ramai okes!

Isnin, 16 April 2012

suka lagu ini!!

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja

Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku

Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu

Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu

Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


Isnin, 9 April 2012

CRK

WINK~~~
LUSA ADALAH CUTI!!! N ESOKNYA
CRK SY TELAH GB LULUSKAN!!!
ESOKNYA LAGI ADA CUTI PERISTIWA
N ESOK N LUSANYA PULAK ADALAH WEEKEND!!
SO~~~ WINK~WINK~N WINKKKKK