Khamis, 19 April 2012

Aku namakannya sbg Lya.. (ep.1)

Enam tahun bukanlah masa yang singkat. Mungkin ada yang beranggapan ianya cuma angka.Tapi sepanjang enam tahun itulah terlalu banyak cerita luka yang terpaksa dilalui.cerita  luka yang entah bila akan sembuh. Kisah ini bermula apabila seorang gadia yang biasa-biasa mula menyimpan rasa pada seorang pemuda yang mungkin juga biasa-biasa. akan tetapi gadis biasa-biasa itu meletakkan pemuda tadi di suatu ruang yang cukup istimewa.
Makin hari rasa itu makin subur...mekar dan mewangi.Sungguh luar biasa rasa itu. Gadis biasa-biasa itu akan aku namakan sebagai Lya..dan...pemuda tadi aku namakan Z. Cukuplah sekadar satu huruf.

Kisah bermula ketika Lya di semester empat. Mei 2006... segalanya berlaku secara tidak sengaja..seperti gadis-gadis lain, Lya juga mempunyai teman-teman kampus yang cukup ceria.kehidupan di kampus cukup membahagiakan. Punyai teman-teman seperjuangan yang sama-sama melalui pahit jerih.sama-sama melalui 'hari-hari sengkek' menanti ketibaan PTPTN.
Sama-sama berkongsi makan nasi goreng yang berharga rm1.20....itu belum lagi bab makan megi kosong. Cicah biskut kering dengan teh O...bila sengkek macam tu semuanya cukup nikmat!!

Sama-sama mandi air pili bomba kerana ketiadaan air.dan akibatnya badan gatak sana sini...ermm..sama-sama juga bersorak riuh menonton tv di 'ruangan tv kolej'...itu belum kira bab sama-sama main sabun buih di bilik mandi...keh~keh~keh.jangan pula ada yang salah faham..ramai-ramai okes!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan